Santai………..

Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar. “Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan. “Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!”

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : “Ayah, di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”
Setelah selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!”

 

Lupa jalan pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer. “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer….. “Macam mana saya nak balik doktor,
skang nie,….saya berada 480km dari umah……..

Dipecat

Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…

Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Kesian Makcik nie…

“Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…

Interview dalam English  
Daud sedang di interview di sebuah syarikat :Pegawai : Nama saudara siapa ?Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”

Mana Satu  
“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.“Maaf dik… tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya…

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu….

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Salah Paham  
Dollah saorang pemuda dari dusun mencari pekerjaan di-akhbar.
Esokan nya dia pergi temuramah dan berjaya mendapat jawatan sabagai “Production Operator” di-sebuah kilang elektronik Amerika.
Bos nya seorang mat salleh yang tak pandai berbahasa melayu.Satelah dua hari bekerja, bos nya bangsa mat salleh bertanya pada Dollah dalam bahasa Inggeris, “Good morning Dollah! How do you find this job? ( Bos nya tanya bagaimana tentang kerja nya disitu)Lalu Dollah menjawab “Oh I found this job in the news paper” ( Saya jumpa kerja ini dalam surat kabar )

Bos nya terpinga pinga jawapan dari Dollah.

Pusat Kegiatan Guru (PKG AIR ITAM) berpindah ke SMK Tunku Puan Habsah 2012 !!!!!!

Sedang Dalam Pengubahsuaian Bilik

PKG AIR ITAM di Tingkat 1, Blok 'C'

Mari kita memasak !!! Posted by: Ali

Mari Memasak ‘Chicken Chop’

 

 

 

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Terima Kasih !!!!! “jasamu dikenang” selamat bersara…

“Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah;

Budi yang baik dikenang juga…!!!!!

 

 

 

‘aksi’ PALING menarik !

Aksi…

 

 

 

 

 

Terima Kasih…. Jasamu dikenang…!!! (berpindah Mac 2010)

 

Cikgu Fadhlina bertukar ke SMK SERI MUTIARA

 

 

Cik Goh Hui Ling bertukar ke SMK CONVENT DATO’ KERAMAT

 

Pn.Zunaidah bertukar ke SMK PADANG POLO

Pn.Wan Zarinah bertukar ke SMK BUKIT GAMBIR

 

MAKAN SEDAP ! TBC 10 Posted by Ali

Nenek pun gigih ambil periksa..!

Di Korea Selatan, seorang wanita berusia 68 tahun akhirnya telah berjaya dalam peperiksaaan bertulis untuk mendapatkan lesen memandu pada percubaan kali ke-950. Berikut adalah fakta ringkas berita:

* Bermula dari bulan April 2005

* Lulus pada November 2009

* Sebanyak RM14,286.00 telah digunakan

* Markah lulus ialah 60 daripada 100

* Markah yang diperolehi ialah 60

* Sebab mengambil : Perlukan lesen memandu untuk bisnes jual sayurannya
b

– Sumber : Akhbar The Star (7.11.2009).

KISAH HIDUP SEORANG C.E.O.

 hp

 


Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua-dua ibubapa ku ialah guru.Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun di sana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun. Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap di sini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja di sini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda di dalam Firma tersebut.

Hampir 6 tahun bekerja di sana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia .

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru di sini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan
firma mereka di sini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam…bertungkus lumus…dunia aku hanyalah di  pejabat.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO….aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!
Kebahagian keluarga….
Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus…yang sulung dah tak macam orang…rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah ke mana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting….main golf pun bincang pasal kerja….dinner pun meeting lagi!!!!. ..sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala laporan-laporan eksekutif aku…sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat kekadang terlupa… masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

 
Aku mungkin kaya…tetapi jiwa aku kosong…kadang kala jiwa aku tertekan!!!Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat….  aku menangis…aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa.

Semoga keluarga ku bersatu kembali.
Selang seminggu aku bernekad…! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

 
Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis….  tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO…tetapi menangis kerana gembira…mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!
Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!

Aku diketawakan oleh mereka….tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!! Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang…bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

 
Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari….alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

 
Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras…dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku Cuma memantau…atau lebih kurang jadi ‘chairman’….dan anak-anak akusebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan lagi…Beginilah kehidupan aku sebagai seorang kerani …

Laa….hampeh betul cerita ni….kisah Mat Jenin rupanyaaa… …..

« Older entries