PELANCARAN e-Majalah 2009

 

e-MAJALAH 2009 telah diedarkan kepada pelajar sehari sebelum cuti akhir tahun (19 Nov 2009)

 Pemuka e-Majalah 1 SMKTPH 2009  

Design oleh Ali Sulaiman 

 

Gambar Ajk Rumah-ruman Sukan 09

(DARI ATAS) 1. RUMAH MERAH 2. RUMAH KUNING 3. RUMAH HIJAU 4. RUMAH BIRU

Gambar-gambar Kelas / Tingkatan 2009

…fasilitis….(sila ‘klik’ pada gambar)

KEINDAHAN….smktph

Gambar-Gambar Kelab SMKTPH

Ulangkaji…… teknik dan cara

Ulangkaji dengan teknik yang betul…….

1 Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

2 Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

3 Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

4 Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

5 Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

6 Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)

Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.

Merancang Program Mengulangkaji

Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan “hint” (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah

Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.

Menilai Keupayaan Anda
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.

1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan
Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.

3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan

Mencari Sebab (Post-Mortem)

Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan ‘post-mortem’ (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Sebab-sebab kesalahan berlaku:

Anda Tidak tahu – Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi.
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.

Anda Tidak faham – Anda baca tetapi tidak faham.
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.

Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami.
Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.

Anda Lupa – Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari.
Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.

Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-

Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

EMOSI-fikiran :- Positif vs Negatif… Posted by Ali

Menukar emosi negatif kepada emosi positif adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran boleh dipelajari oleh sesiapa saja termasuk Anda dan saya.

Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar saja.

Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja.

Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?

Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali Anda sedar yang Anda sedang berada dalam emosi negatif.

Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala Anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua, bila-bila masa.

Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh yang mungkin sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri Anda.

Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala Anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).

Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan Anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan.

Dalam fikiran itu, Anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi Anda apabila melihat sesuatu situasi.

Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta.

Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.

Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.

Anda boleh lakukan perkara yang sama. Disiplinkan diri, cuba kawal emosi yang bermain di kepala Anda.

Tukar emosi negatif kepada yang positif. Berlatih, berlatih dan terus berlatih! Kuatkan semangat.

Nenek pun gigih ambil periksa..!

Di Korea Selatan, seorang wanita berusia 68 tahun akhirnya telah berjaya dalam peperiksaaan bertulis untuk mendapatkan lesen memandu pada percubaan kali ke-950. Berikut adalah fakta ringkas berita:

* Bermula dari bulan April 2005

* Lulus pada November 2009

* Sebanyak RM14,286.00 telah digunakan

* Markah lulus ialah 60 daripada 100

* Markah yang diperolehi ialah 60

* Sebab mengambil : Perlukan lesen memandu untuk bisnes jual sayurannya
b

– Sumber : Akhbar The Star (7.11.2009).

Peranan Peta Minda…. perghhhh..!!! memang berkesan

4 sebab mengapa kita perlu menggunakan peta minda dalam proses pembelajaran.

 Tetapi ingat, peta minda bukan sekadar untuk pembelajaran sahaja, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti brainstorming, membantu dalam proses membuat keputusan dan dalam penjadualan.

1. Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Sejarah semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear.Jadi dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja.

2. Sebab kedua adalah kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. “Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di Pulau Pinang.” Agak-agak anda berapa perkataan yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu Saiful dan Pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting. Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi ini akan memudahkan lagi proses ingatan anda. Cara nota yang lama akan menyukarkan kita. Tetapi dalam peta minda, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.

3. Satu perkataan dapat mewakili banyak perkataan. Ya merujuk contoh di atas, perkataan ‘Pulau Pinang’ akan memberitahu bahawa ‘Saiful tinggal di Pulau Pinang’. Nota linear berfungsi berdasarkan ayat. Ini menyebabkan kita terpaksa memberi fokus pada ayat tersebut untuk mengingat berbanding peta minda yang memberi fokus pada perkataan.

4 . Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah, satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulangkaji di kemudian hari. Tidak seperti nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. I kertas VS 4 kertas, mana jauh lebih baik?

« Older entries