KISAH HIDUP SEORANG C.E.O.

 hp

 


Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua-dua ibubapa ku ialah guru.Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun di sana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun. Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap di sini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja di sini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda di dalam Firma tersebut.

Hampir 6 tahun bekerja di sana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia .

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru di sini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan
firma mereka di sini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam…bertungkus lumus…dunia aku hanyalah di  pejabat.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO….aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!
Kebahagian keluarga….
Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus…yang sulung dah tak macam orang…rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah ke mana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting….main golf pun bincang pasal kerja….dinner pun meeting lagi!!!!. ..sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala laporan-laporan eksekutif aku…sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat kekadang terlupa… masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

 
Aku mungkin kaya…tetapi jiwa aku kosong…kadang kala jiwa aku tertekan!!!Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat….  aku menangis…aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa.

Semoga keluarga ku bersatu kembali.
Selang seminggu aku bernekad…! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

 
Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis….  tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO…tetapi menangis kerana gembira…mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!
Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!

Aku diketawakan oleh mereka….tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!! Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang…bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

 
Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari….alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

 
Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras…dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku Cuma memantau…atau lebih kurang jadi ‘chairman’….dan anak-anak akusebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan lagi…Beginilah kehidupan aku sebagai seorang kerani …

Laa….hampeh betul cerita ni….kisah Mat Jenin rupanyaaa… …..

%d bloggers like this: