Kurikulum baharu tahun depan

Kurikulum baharu tahun depan


 

DALAM tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, (RMK-10) kurikulum baharu untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun depan diikuti dengan kurikulum baharu untuk sekolah menengah.

Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka.

Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.

Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan Sukan sebagai subjek mata pelajaran mulai tahun depan.

Sehubungan, peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan dari RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan RM4 kepada RM6 untuk sekolah menengah.

Di bawah RMK-10, kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam-swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran sekolah.

Kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah dan membolehkan mereka mendapat geran pembinaan di kawasan kurang membangun di luar bandar.

Sektor swasta dijangka membina 488 prasekolah tahun ini, 1,000 tahun depan dan 1,145 tahun 2012.

Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah juga akan dilaksana bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

Dalam tempoh rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini selaras dengan amalan negara maju.

Sementara itu perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi kepada pengendali sekolah sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar seperti yang dipersetujui dalam kontrak rasmi.

Model serupa telah diguna pakai di sekolah persendirian Cina di Malaysia seperti yang diguna pakai oleh Charter School di Amerika Syarikat, Independent School di Sweden serta specialist school dan academy school di United Kingdom.

ARKIB : 11/06/2010 (Utusan Malaysia)

Advertisements

Tahniah & Syabas !!!! MSSM memanah Afeesya tempat ke-3 & 4!!

Tahniah & Syabas !!!!! kepada PEMANAH SMKTPH

Zur Afeesya Bt Zainal

kerana memenangi

TEMPAT KETIGA

dalam acara

MEMANAH PUSINGAN OLIMPIK – 60M (BERPASUKAN) Perempuan 15

 

dan

 

TEMPAT KEEMPAT

 dalam acara

 PUSINGAN FITA(berpasukan) PEREMPUAN 15

dalam

KEJOHANAN MEMANAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

MSSM 2010

DI NEGERI SEMBILAN

 

Semoga Pencapaian Cemerlang ini akan memberikan suntikan semangat kepada semua ahli memanah smktph…. Terima Kasih kepada semua yang memberi sokongan !!!!

 Penyampaian

Sijil & Pingat akan dibuat

 pada Perhimpunan Mingguan oleh Pengetua SMKTPH

 

Syabas !!! TPH dapat mewakili MSSM memanah di Melaka.

Syabas & tahniah diucapkan kepada Zur  Afeesya – (3 MAWAR) kerana berjaya dalam pemilihan atlet memanah Negeri Pulau Pinang dalam Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung  di Negeri Sembilan.. Semoga Berjaya !!!!

HARI GURU Peringkat smktph 2010

 

        Foto by: LK.Chan                Banner by:  PS.Chuah

 

“Guru Pembina Negara Bangsa” :tema hari guru 2010

 

Warga pendidik diminta terus amalkan budaya kerja cemerlang:

Warga pendidik diminta menggembleng tenaga dan usaha untuk terus mengamalkan budaya kerja cemerlang, bertanggungjawab dan menerapkan semangat mujahadah bagi melakukan yang terbaik demi anak bangsa.

Ketika membuat seruan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, para pendidik hendaklah sentiasa bersedia berubah dari satu tahap amalan kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi.

Beliau berkata, warga pendidik perlu menggalas tugas besar untuk menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan dengan satu hasrat dan tekad bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

 (..baca seterusnya….)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Ton: Kiubism Potret Diri

 

 

 

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

TON : Kiubism asas ton

 

 

 

 

 

Corak Rama-rama : Berfokus

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syabas !!! Memanah…smktph ada potensi!!!

Pasukan memanah SMKTPH yang baru ditubuhkan layak ke separuh akhir MSSPP,

berentap dengan individu dan pasukan senior.

Hari ke-2  Suhada berada di kedudukan ke-8 daripada 16 individu tersenarai ke suku akhir. Hari ke-3 pagi, Nur Afeesya ke separuh akhir akhir berentap dengan individu senior kedudukan ke-4 pada hari pertama.(pernah mewakili negeri ke Kedah, Terengganu) tetapi Afeesya hanya tewas beberapa mata di belakangnya. Manakala Pasukan SMKTPH bawah 15 tahun berada di kedudukan ke-5 berentap ke separuh akhir menentang pasukan SMK Kg. Selamat, keputusan SMKtph ketinggalan hanya 6 mata sahaja (49~55). Syabas kepada wakil SMKTPH kerana anda hanya baru berlatih hanya 3 minggu sahaja.

Huruf Hiasan

 

 

« Older entries Newer entries »