Berkongsilah!…malah akan beruntung!!!

 

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”

Riwayat al-Tabrani dan Abu Nua’im

Quote ini ringkas tetapi cukup bermakna. Kesimpulannya, jangan sentiasa berdiam diri dalam proses menuntut ilmu. Buka mulut anda. Jika anda tidak faham, maka bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya. Dalam kelas, biasanya subjek diajar adalah baru. Ini membuatkan kesukaran untuk memahami subjek tersebut. Oleh itu bukalah mulut anda.Tidak rugi bertanya.

Begitu juga ketika melakukan kerja di pejabat. Tidak semua perkara yang kita tahu. Oleh itu bertanyalah walaupun pada pakcik, makcik yang rendah pangkat daripada anda. Ingatlah, tiada soalan yang bodoh. Cuma anda yang sendiri yang menganggap soalan tersebut bodoh.

“Kebodohan sejati adalah apabila anda terus dibelenggu soalan tersebut tanpa sebarang jawapan.”

Begitu juga jika anda mempunyai ilmu. Suarakannya. Beritahukannya pada sesiapa yang ingin mendengar. Ilmu semakin subur dan bertambah jika anda berkongsi. Ianya tidak boleh dicuri malah semakin bertambah, bertambah dan bertambah… Berkongsilah!!!!

 

%d bloggers like this: