PSV(Edisi Nota) AKTIVITI Posted by: Ali

AKTIVITI

Kegiatan membentuk dan membuat binaan
Aktiviti bahan teknik
arca timbul Kepingan kayu , batu, kertas lumat, tanah liat Acuan, tampalan, asemblaj, binaan
Asemblaj-bhg yg dicantum menjadi kesatuan objek Kayu, logam, simen , besi Kimpalan, binaan, cantuman skru , gam
Mobail-cantuman kertas , tali, dawai Besi, dawai, kertas, tali, logam, kadbod Kimpalam, gam, skru, ikatan
Stabail – cantuman bahan 3D Simen, logam, plastik, spare parts kendaraan Kimpalan, skru, ikatan, acuan, binaan
model Kertas tebal, loyang, gangsa, zink, akar kayu Gam, kimpalan, skru, acuan
Diorama – model dgn sesuatu tema Plywood, papan, zink, patung, karangan laut Cantuman, gam, kimpalan
boneka Tekstil, span, tali, cat spray, warna Jahitan, gam, kimpalan, skru
topeng Papier mache, plastic, s/khabar, habuk papan Gam, cantuman, kimpalan
Origami ( seni
lipatan kertas ) Kertas, tekstil,
gunting, pisau nt,
gam dan tali Lipatan,
golongan.

2. Tema atau subjek
a) alam s/jadi dan objek persekitaran- flora fauna
b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi –cipta
sesuatu melangkaui batas fizikal.
c) aliran dan tema sejagat – berkonsepkan kehidupan manusia cth wau – wau bulan.
d) keperluan dan pengalaman hidup harian- meletakkan keperluan asas masyarakat dan Negara cth. Menara KL
3. Perkembangan dan penghalusan idea
a) melalui pemerhatian dan kajian visual mengenai alam dan fenomenanya
b) Perubahan cara bekerja – ada perubahan dan kelainan dalam penghasilan idea.
c) Penerokaan symbol dan makna – terus mencuba dan menemukan dapatan baru.
4. Penentuan alat dan bahan – bahan terbuang, benda drp alam sekitar, benda buatan manusia, bahan terbuang
buatan manusia cth kerusi patah dsn.
5. Cara membentuk dan membuat binaan
– kenalpasti bahagian binaan
– mencantum bentuk
– imbangan kestabilan dan kedudukan
– guna alat dan bahan pengolahan
– m’hasil’n jenis bentuk bergerak
– melengkapkan bentuk mengikut perancangan
– membanding hasil rekabentuk dgn objek sebenar
– memahami proses
– menilai hasil bentuk rekaan
– memperagakan bentuk rekaan
– menceritakan pengalaman baru
– mempamer dan mempersembahkan
6. Persembahan hasil kerja
a) Ekspresi diri
– menetapi tema dan tajuk
– sesuai dgn tujuan hasilan
– kuat, kukh, selamat
– kosep kepelbagaian bahan
– imbangan yg menarik
– menguasai prinsip rekaan – rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan, kesatuan.
– asli, unik dan berketerampilan.
b) Kem. Mengaplikasi alat, bahan dan teknik
– kesuaian tajuk
– membuat lakaran kecil sesuai dgn objek
– dikawalselia progress kerja
– pilih teknik membuat
– Alat diguna dgn betul dan tertib
– tekstur yg licin dan menarik
– kemasan akhir projek
– Tapak yg kukuh dan selamat.


Mengenal kraf tradisional
1. Kraf Tradisional – kerja-kerja berunsurkan seni yg melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masy. Yg diwarisi turun temurun.
2. Jenis kraf tradisional
a) alat domestik perlatan harian masyarakat tradisional – spt senduk (tempurung), kukur kelapa (besi, kayu), tenggala (kayu) Teknik – luakan, asemble,ukir.
b) alat permainan – alat permainan yg dimainkan utk mengisi masa lapang selepas kerja menuai . Spt wau (proses-memilih buluh, meraut, membentuk rangka,
menampal kertas dan corak )
Gasing-Jenis ( lang laut, leper, uri, piring) , Bahagian (paksi, temin,turaplabu,bahu, leher, kepala dan patak) Proses ( memilih kayu,
membakal-kerat dan potong berbentuk kun, melarik, simpailingkaran logam pada bahu,labu dan patak)
c) Alat pertahanan diri –senjata- digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri. Spt keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam,
lembing, sumpit dll.
d) Batik – sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Kaedah ( batik tulis, lukis, canting ). Proses ( kain dibasuh utk membuang kanji, dikeringkan dan diregangkan , motif
dan corak dilakarkan dgn pensil, bahan campuran lilin dipanaskan, melakar diatas fabrik dgn canting , bahan warna disapu pad motif)
e) Seni tekat – tekstil yg dihasilkan dgn cara menyulam benang ke tasa kain dasar jenis baldu. Proses ( Penciptaan, persiapan
pemidang, membentuk mempulur, menyulam)
f) Tembikar – barang kraf yg dihasilkan drp tanah liat, dibentuk dan dibakar. Alat yg digunakan (pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek dll )
g) Seni anyaman – satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah buluh, rotan, lidi, bertam , paku-pakis ribu ribu melalui teknik selang-seli. Proses daun ( melayur , menjangka daun- sisir/belah, melurut, merendam, pewarnaan- kuning (kunyit)
jingg/ merah (buah kesumber india) biru tua (daun mengkudu) ,hitam (buah pokok arang), hijau (daun bemban), mencelup warna.
Proses anyaman ( lagang-bilah daun dibentuk V, mengayam,
pepeh- anyaman mati tepi tikar, sisip- guna buluh elak terburai,kerat lebihan bilah anyaman)
Kelarai – corak atau motif berbentuk dam. Yg tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas.
h) Senu ukiran kayu – kraf tangan utk menghiasi rumah, Fungsi (hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, tebar layar dll ) Teknik mengukir ( bunga timbul , papan tebuk )

%d bloggers like this: