Amanat Pengetua kepada Calon PMR & SPM 2009

5 OKTOBER 2009 :- 0745pagi
(disampaikan dalam perhimpunan oleh pengetua)

16 NOVEMBER 2009:- 0745pagi
(disampaikan semula oleh En.Ali Sulaiman sebagai mewakili pengetua
untuk calon SPM)

Posted By: En.Ali
 

“Hari ini kami meredakan
ilmu yang kami titiskan
hari ini kami mengikhlaskan
ajaran yang kami sampaikan
hari ini kami mengharapkan
dirimu menerima dengan
senyuman dan keikhlasan

Setitik keringat yang mengalir
tidak disertai dengan keluhan
setiap patah kata pembakar semangat
penuh dengan harapan dan keinginan
setiap langkah diatur hanya untuk memastikan….KEJAYAANMU
setiap masa yang berlalu
dipenuhi dengan doa dan permintaan
setiap nasihat dan panduan
dipanjatkan agar kau menjadi ilmuan

Segulung intan bukanlah yang kami harapkan..
cuma dengan penuh keinsafan
kami merestukan
ilmu yang kami ajarkan
agar….
Setitik air engkau lautkan,
Sekepal tanah engkau gunungkan,
Secebis benang dipintal…
…menjadi kain,
Sehelai bulu dijalin…
…menjadi baju.

Tiada dendam,
tiada marah,
tiada curiga…
tetapi sentiasa resah…

Kenapa anak-anakku !
…kerana kaulah pewaris
negara tercinta…
Jika gagal kami,
…kecundanglah NUSA

Teruskan perjuanganmu untuk hari muka
Genggamkan tekadmu untuk berjaya
kerana tiada sesiapa pun
akan membantu kita
melainkan usaha daripada dirimu sendiri

Pergilah berjuang anak-anakku
jadikan pensel, pena serta tinta
untuk perjuanganmu pada
hari Rabu,
Khamis, jumaat, Isnin dan Selasa

PMR……SPM milikmu
jangan berpaling lagi,
yakinlah pada diri, ingatlah pesanan kami
Kejayaanmu sebagai bukti
bahawa kami telah berbakti
tanpa rasa sangsi
doa diiringi dengan penuh
kasih sayang bersemi di hati
agar 7A…8A menjadi tatapan
diri sendiri juga ibu bapa tercinta
serta guru-guru
yang telah menabur bakti…

Yang paling penting
TIDAK LUPA kepada Yang Maha Esa
DIAlah penentu segala….
bacalah Bismillah…
sebelum memulakan tugasmu
berselawatlah jika terlupa,
berdoalah agar impianmu menjadi nyata

Pn.Toumah Soukiman
PENGETUA,
SMKTPH

%d bloggers like this: