Soalan Kertas 2 

SPM 2611/2

3  jam

1. Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di sebatang jalan raya di lereng bukit. Sebuah kenderaan telah tertimbus. Beberapa orang penumpang cuba menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam kenderaan yang tertimbus itu. Lukiskan keadaan cemas ini.

2. Di halaman sebuah rumah terdapat beberapa buah pasu yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga-bungaan. Pelbagai saiz batu kelihatan tersusun di sekeliling pasu tersebut. Lukiskan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan ton.

3. Beberapa orang nelayan sedang membersihkan kesan-kesan tumpahan minyak di persisiran pantai. Terdapat beberapa ekor burung dan ikan mati terdampar di persisiran pantai tersebut. Gambarkan keadaan tersebut dalam lukisan anda.

4. Di dalam sebuah hotel bertaraf ‘lima bintang’ terdapat sebuah kaunter yang berukir dan dihiasi dengan gubahan bunga. Di belakangnya pula tergantung sebuah lukisan yang dihiasi dengan lampu dinding. Di ruang depan kaunter tersebut dihiasi dengan bunga-bungaan.

5. Anda sedang bermimpi berada di sebuah taman permaianan kanak-kanak. Taman tersebut terdapat pelbagai alat permainan seperti papan gelongsor, jongkang jongkit, buaian dan sebagainya yang berimejkan serangga. Pokok bunga yang beraneka warna menghiasi taman tersebut. Lukiskan suasana ini

6. Di satu kawasan padang ragut, beberapa ekor lembu sedang meragut rumput. Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat.

%d bloggers like this: