Soalan PSV Kerja Kursus SPM 2011 (2611/3)

 

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL

KERJA KURSUS

Kertas 3

 

TUGASAN 1

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : HIASAN DALAMAN

PRODUK : RUANG BACAAN KANAK-KANAK

SITUASI

Sebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalaman

untuk ruang bacaan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untuk

kanak-kanak dengan hiasan yang sesuai.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bacaan.

2. Koleksi pelbagai gambar jenis perabot dan peralatan yang sesuai.

3. Lukisan pelan lantai untuk sudut bacaan mengikut skala.

4. Lakaran dan olahan perabot serta peralatan yang dipilih.

5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai yang dipilih.

6. Kajian warna pada reka bentuk hiasan dalaman yang pilih.

7. Lukisan dari sudut pandangan berbeza mengikut skala.

8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.

9. Lukisan persembahan dalam situasi yang sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil model reka bentuk ruang bacaan anda hendaklah mengikut

spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum :

Panjang            – 40 cm

Lebar               – 30 cm

Tinggi               – 20 cm

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.

TUGASAN 2

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA ASEMBLAJ

SITUASI

Sebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempat

anda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai arca asemblaj.

2. Koleksi gambar pelbagai kapal layar sebagai sumber ilham.

3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.

4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.

5. Lakaran reka bentuk arca asemblaj.

6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.

7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.

8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk arca asemblaj anda hendaklah mengikut

spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum :

Panjang            – mengikut kesesuaian

Lebar               – mengikut kesesuaian

Tinggi               – 40 cm

Warna : Bebas

Tema : Perkapalan

Teknik : Arca Asemblaj

Nota:

  1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

 

TUGASAN 3

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : ILUSTRASI

PRODUK : ILUSTRASI HIASAN TOPI KELEDAR

SITUASI

Sebuah syarikat pengeluar topi keledar akan menganjurkan satu pertandingan ilustrasi hiasan topi keledar terbaru keluaran syarikat itu.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi hiasan topi keledar yang

bermotifkan fauna di Malaysia.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai topi keledar.

2. Koleksi gambar pelbagai fauna di Malaysia sebagai sumber ilham.

3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.

4. Lakaran reka bentuk topi keledar.

5. Lukisan hamparan reka bentuk topi keledar yang dipilih mengikut skala.

6. Lakaran olahan fauna yang dipilih.

7. Lakaran reka letak ilustrasi yang dipilih.

8. Kajian warna pada lakaran reka letak yang dipilih.

9. Lukisan sebenar hasil karya dari tiga sudut pandangan berbeza.

10. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.

11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil ilustrasi topi keledar hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Bilangan warna : Bebas

Motif : Fauna di Malaysia

Teknik : Bebas kecuali kolaj

Nota:

  1. Anda boleh membuat ilustrasi di atas topi keledar sebenar.

 

 

 

TUGASAN 4

BIDANG : KRAF

TAJUK : TEMBIKAR

PRODUK : LAMPU HIASAN

SITUASI

Seorang pengusaha kilang tembikar ingin mengeluarkan produk lampu hiasan yang boleh diletakkan di ruang tamu rumah. Lampu hiasan ini mestilah mempunyai reka bentuk moden dan futuristik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk lampu hiasan.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai bentuk lampu hiasan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai sumber motif.

3. Lakaran reka bentuk lampu hiasan.

4. Lakaran pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai idea.

5. Lakaran olahan reka corak bersesuaian dengan reka bentuk.

6. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.

7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih.

8. Lukisan sebenar reka bentuk yang dipilih dari tiga sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan model lampu hiasan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Tanah liat

Ukuran minimum :

Panjang            – 10 cm

Lebar               – 10 cm

Tinggi               – 30 cm

Bilangan warna : Bebas

Motif : Tradisional

Teknik : Teknik lingkaran, kepingan dan picit

Reka bentuk : Moden dan futuristik

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah dibakar.

2. Hasil kerja boleh disepuh atau diwarna dengan menggunakan warna yang sesuai.

TUGASAN 5

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : KAD UCAPAN

PRODUK : KAD UCAPAN TIGA DIMENSI

SITUASI

Sebuah Persatuan Alam Sekitar ingin menghasilkan kad ucapan tiga dimensi bagi jualan amal sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu kad ucapan tiga dimensi yang bertemakan alam sekitar dan bermotifkan flora dan fauna.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai kad ucapan tiga dimensi.

2. Koleksi gambar berkaitan flora dan fauna.

3. Koleksi muka taip.

4. Lakaran reka bentuk kad ucapan.

5. Lukisan realistik motif yang dipilih.

6. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.

7. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.

8. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.

9. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.

10. Lukisan tiga dimensi kad ucapan.

11. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

13. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

TERHAD 12 2611/3

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Berdasarkan kajian tersebut, kad ucapan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran minimum :

Panjang            – 30 cm

Lebar               – 22 cm

Bilangan warna : Bebas

Media : Bebas

Teknik : Catan

Kapsyen : Sesuai dengan situasi

Nota:

  1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

 

TUGASAN 6

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : PEMBUNGKUSAN

PRODUK : PEMBUNGKUSAN MAKANAN

SITUASI

Syarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu. Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan kerepek ubi kayu tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai pembungkusan makanan ringan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi muka taip.

3. Koleksi motif yang bersesuaian dengan tajuk.

4. Lakaran reka bentuk pembungkusan.

5. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih mengikut skala.

6. Lukisan realistik motif yang dipilih.

7. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.

8. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.

9. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.

10. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.

11. Lukisan tiga dimensi pembungkusan yang dipilih.

12. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

13. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

14. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk pembungkusan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum :

Panjang            – mengikut kesesuaian

Lebar               – mengikut kesesuaian

Tinggi               – 30 cm

Bilangan warna : Bebas

Teknik              : Catan

Kapsyen           : Suci

Nota:

  1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

 

TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA BENTUK PENERBITAN

PRODUK : PAPAN CERITA

SITUASI

Sebuah syarikat kosmetik ingin menerbitkan iklan bagi mempromosikan produk terbaru kecantikan wanita.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan papan cerita sebanyak lapan bingkai untuk mengiklankan produk kecantikan tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai iklan produk kecantikan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai produk kecantikan wanita.

3. Lukisan realistik produk kecantikan yang dipilih.

4. Lakaran pelbagai bentuk figura manusia atau yang berkaitan.

5. Lakaran kenit olahan idea papan cerita berserta catatan.

6. Lakaran tiga set cadangan papan cerita berdasarkan sumber idea yang dipilih dan catatan.

7. Lukisan sebenar papan cerita yang dipilih mengikut urutan dan jalan cerita sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

9. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, papan cerita anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran : 30 cm × 20 cm setiap bingkai

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Catan

Nota:

  1. Hasil kerja hendaklah dikemas dan dibingkaikan.

 

 

TUGASAN 8

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA CORAK

PRODUK : REKA CORAK SET PINGGAN MANGKUK

SITUASI

Sebuah syarikat pinggan mangkuk memerlukan reka corak cawan dan piring keluarannya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak yang menggambarkan keindahan flora dan fauna pada produk tersebut.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis cawan dan piring.

2. Koleksi gambar flora dan fauna sebagai sumber ilham.

3. Lakaran reka bentuk cawan dan piring.

4. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.

5. Lakaran olahan motif flora dan fauna.

6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.

7. Kajian warna pada reka letak.

8. Lukisan sebenar cawan dan piring.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak cawan dan piring tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum :

Piring                – diameter antara 13 cm – 15 cm

Cawan             – tinggi : antara 6 cm – 8 cm

- lebar : antara 6 cm – 8 cm

Bilangan warna : Bebas

Teknik : Catan

Nota:

  1. Anda boleh menggunakan cawan dan piring sebenar bagi membuat reka corak.

 

TUGASAN 9

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN

PRODUK : CETAKAN SARING

SITUASI

Sebuah hotel ingin menghias lobi menunggunya dengan satu cetakan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu karya cetakan yang menggambarkan keindahan alat muzik tradisonal.

Folio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai cetakan.

2. Koleksi gambar alat muzik tradisional.

3. Lukisan realistik tiga alat tradisional.

4. Olahan motif berdasarkan sumber ilham.

5. Lakaran reka letak motif.

6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.

7. Kajian warna.

8. Lukisan sebenar cetakan.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

12. Lampiran minimun tiga edisi cetakan mengikut turutan.

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Blok cetakan saring

Ukuran : 30 cm × 30 cm

Bilangan warna : Bebas

Motif : Alat muzik tradisional

Nota:

  1. Hasil kerja hendaklah dibingkaikan.

 

TUGASAN TAMAT

(UNTUK MENDAPAT GAMBARAN SEBENAR PRODUK, SILA LIHAT DI LAMAN WEB  LPM)  http://apps2.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=608&Itemid=252

About these ads

47 Komen

  1. guganishwari berkata,

    26/11/2011 pada 1:55 pm

    saya pilih soalan 6. aku ni smkbtm simpang ampat , namaku guganishwari.

  2. myra berkata,

    16/08/2011 pada 9:32 am

    sy wat cwn n pring bgi sy yg t0lah yg pling simple tapi sy kurang pndai yg olahan n sy x brapa pndai cngat ml0kis yg realistik p0nye..sedih taw..

  3. nursyafiedah hidaya berkata,

    08/08/2011 pada 6:53 am

    saya pilih soalan no8 ,, ewm ,, tp binggung skit psal rka bntuk yg hrus d bwt ,, cikgu saya kta bntuk pring 2 msti x daa dlam dunia nhe ,, jd nak pkir gna kpala otk sndri pla ,, edeh lcehh arrr ,, ewm ,, nak wat yg plik krang cikgu plak pning ,, ewm ,, so ble x bg tunjuk idea nak bwt reka bntk 2 ???

  4. Tanpa Nama berkata,

    01/08/2011 pada 8:16 am

    sbna nye 2 sume snang lau itew rjin….nseb bek larh i dpt marks 90 ke ats..hu3 syo glew beb….

  5. Tanpa Nama berkata,

    23/07/2011 pada 2:55 pm

    sy mik solan kpl lyr..seronok wt arca ny..cme folio uuw wt sy png pale..p y pntng sy hpy gok hsil kje y sy dh wt..

  6. Tanpa Nama berkata,

    15/07/2011 pada 6:33 am

    Setiap kerja ada senang dan susah. cuba dulu dan minta bimbingan. dah buat rasa tak nak berhenti, terutama corak cwn dan prg

  7. teha94 berkata,

    12/07/2011 pada 11:28 am

    kjew khusus aqu da yap da,aqu amik no 8,pehh nk pcah pale ney aw..ksut2

  8. Tanpa Nama berkata,

    06/07/2011 pada 4:21 pm

    allo… sye wat yg cwn n piring… akhirnya dah ciap pon

  9. nur shahila berkata,

    05/07/2011 pada 6:56 am

    bagi sy soalan no 8 sgt senag dr semua soalan

  10. yien azrin berkata,

    25/06/2011 pada 1:24 am

    sye plih soaln num 8…cu sume bg pndpt untuk mksud cwan n pirin
    pning kpala ase pkir yg ney…

  11. leez berkata,

    23/06/2011 pada 4:47 am

    soalan no 8. boleh tak bg contoh kerja kursus? utk cawan dan piring tu nak kena tulis nama2 jenis cawan n piring tu atau nama2 bunga jer yg ada di atas cawan n piring tu?

  12. yea berkata,

    22/06/2011 pada 1:46 pm

    kusot ox aq na wat arca…hadoiii

  13. Tanpa Nama berkata,

    21/06/2011 pada 1:11 pm

    pening la nak wt kd ucapan too

  14. Amir Bolok berkata,

    18/06/2011 pada 6:43 pm

    cuba dulu nanti kreatif lah

  15. Amir Bolok berkata,

    18/06/2011 pada 6:39 pm

    saya buat tugusan nmbr 8
    nombor sahaja senang
    tapi pening kepala

  16. Tanpa Nama berkata,

    10/06/2011 pada 3:58 am

    bingung ga sket maw wat… hihihi..

  17. nana berkata,

    01/06/2011 pada 12:30 pm

    salam,,,
    nana buat yg tugasan no 5
    kad dimensi,,,,
    cikgu cakap yg ni senang
    betul ke????

  18. dieya berkata,

    29/05/2011 pada 2:46 pm

    salam . dieya buat no 1 . tade kea detail2 dea . sbb peningg aa na paham kans dea . susaa lhaa kowtt . adoiii . kaluu bolehhh dapadd detail2 drie no 6 sampyy 11 kanss bestt :)

  19. nur fazera berkata,

    14/05/2011 pada 8:34 am

    skolh kami lukis gmbr piring dgn cawan.. :)

  20. nur fatin hafizah berkata,

    02/05/2011 pada 8:54 am

    blh x berikan contoh unsur seni

  21. nur fatin hafizah berkata,

    02/05/2011 pada 8:51 am

    saya x paham pasal seni.saya nk minta pendapat

  22. SARIMA berkata,

    01/05/2011 pada 10:05 am

    soalan kad ucapan paling sng

  23. nurin syirah berkata,

    01/05/2011 pada 7:08 am

    papan citer leceh nk buat…
    kne kemas..kne bg pemeriksa fhm msg yg kte nk sampaikn…
    slh skit jer,p0tong markah..
    huhu…

  24. masawa jamaday berkata,

    04/04/2011 pada 12:33 am

    emm….jom buatb papan cerita semue…hehe

  25. Eecal berkata,

    27/03/2011 pada 9:29 am

    Saya Pilih No.8, Bolehkah Saya Dapat Contoh2 Kerja Kursus No.8

  26. firdaus berkata,

    26/03/2011 pada 9:33 am

    question no 7 ada penjelasan lebih detail x?

  27. falina atikah berkata,

    17/03/2011 pada 8:00 am

    soalan yg len smua sush ..just yg nie je sng ckit ..
    p nk wt pning r gax ..doaii ..help me !!

  28. shesha berkata,

    16/03/2011 pada 12:47 am

    saya taktau buat olahan..bleh x tnjukkan c0ntoh

  29. azreenzainurin berkata,

    15/03/2011 pada 8:37 am

    adakah soalan no 1 ok???
    sy pilih no 1,,,
    semua peralatan didalam pusat asuhan perlu di buat sndiri???
    rak buku,????meja belajar???

  30. shirley berkata,

    14/03/2011 pada 1:43 pm

    tugasan 5
    Koleksi muka taip…nak cari perkataan apa?blh bagi cth ?

  31. Edward jantai berkata,

    13/03/2011 pada 3:15 pm

    Saya memilih tajuk no.2…agk susah tp saya pasti b0leh buat..

  32. az-hanie berkata,

    13/03/2011 pada 1:19 pm

    saya pilih no 6..apa pendapat semua???

  33. aishah berkata,

    11/03/2011 pada 7:54 am

    erm.. klau lkis pring2 blh ambk dri gmbrn ats sje blh x.???

  34. pelajar pening berkata,

    10/03/2011 pada 6:40 am

    hye, sy penink lah nk wat kad ucapan 3d tu. xphm lah. susah ke? lukisan olahan lah. realistik lah. tolong~~ http://terhevads.blogspot.com

  35. smktphpsv berkata,

    02/03/2011 pada 1:53 pm

    pilih satu sahaja….. minta nasihat pembimbing !

  36. smktphpsv berkata,

    02/03/2011 pada 1:51 pm

    semua pun sama…. cuma, ikut kebolehan dan kemahiran saja…..!

  37. smktphpsv berkata,

    02/03/2011 pada 1:50 pm

    …. semua ada penerangan…. jangan susah hati….!!! pasti boleh buat !!!!

  38. Nur suriati abu sammah berkata,

    02/03/2011 pada 1:07 pm

    soaln no1 adalh plg sng…hehheee

  39. Rehan berkata,

    01/03/2011 pada 2:35 pm

    Adakah ada sesi penerangan yg lebih terperinci mengenai kerja khusus ini?

  40. smktphpsv berkata,

    01/03/2011 pada 1:49 am

    Kadang2 soalan jer macam susah…. tapi apabila dibuat…senang la pulak !!! hehehee

  41. smktphpsv berkata,

    01/03/2011 pada 1:48 am

    Ya, jenis kertas, gelas, seramik dll semua boleh….. TAPI cawan mesti ada tangkai !

  42. Dorothy berkata,

    26/02/2011 pada 5:52 am

    pinggan ape2 pn bole?

  43. NADIA NADIRA berkata,

    25/02/2011 pada 2:16 pm

    semua cm susah….
    sy pilih piring…
    soalan ni senang ja

  44. NADIA NADIRA berkata,

    25/02/2011 pada 2:15 pm

    semua ok jew…

  45. Nur Suriati Abu Sammah berkata,

    20/02/2011 pada 1:28 am

    saya pilih soaln no 1…
    dakah ia sng??
    sya nk mnta pndpt….???

  46. mieza berkata,

    12/02/2011 pada 2:54 am

    soalal semua lengkap tq……

  47. Christany berkata,

    09/02/2011 pada 10:15 pm

    Ini soalan mau pilih 1 ja ka atau smua?


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: