pendidikan seni visual di sekolah

Kepentingan Pendidikan Seni

Oleh :En. Ali Sulaiman

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Tunku Puan Habsah, PP

 

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif.Pendidikan Seni dalam

Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah,bermaksud seni tampak yang bertujuan

melahirkan warganegara berbudaya,khususnya individu yang kreatif,berpengetahuan

dalam bidang seni,mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik,daya kreatif pelajar melalui

penjanaan daya intuisi,persepsi dan konsepsi,juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan

kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar.Pelajar yang mengikuti program

Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa,bersikap sederhana dan mampu

mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan

kehidupan.Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir .Pengetahuan dan

kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,penerokaan unsur,inkuiri,integrasi

maklumat serta idea,pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari

pelbagai perspektif,menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara

rasional dan fleksibel.

 

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan

sebagai asas kepada mata pelajaran lain.Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan

Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata

pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi

catatan berjela.Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk

menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar.Prinsip dalam Pendidikan Seni

berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

 

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning

throughout life)yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad

ke-21.Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan

kemahiran.Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing),yang

kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together,

apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja.Asas ini dibina

dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi.

Sebagai contoh awal,proses mereka bentuk dalam Pendidikan Seni,melibatkan pelajar

melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti :Pengenalpastian masalah

Menentukan keperluan,lakaran situasi atau masalah.Penjelasan tentang perkara utama

dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan.Kajian dan Penyelidikan

Aspek persekitaran,ergonomik,masa,faktor keselamatan,kekuatan,bentuk,bahan,kos

dan pembuatan serta pelbagai sumber.

Idea dan cara penyelesaian – dilakukan secara lakaran beberapa idea danpenyelesaiannya.

Perkembangan – memperincikan idea bersama lakaran dan huraian..Bekerja dengan idea

yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model).

Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini.Foto atau lakaran

visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan

seterusnya menjadi lebih jelas.

  • Proses membuat.
  • Proses dan teknik.
  • Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai fungsi.
  • Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan.
  • Mencuba.Membuat rumusan.

Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan,nyatalah bahawa Pendidikan

Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran.Dalam proses tersebut juga,inovasi

teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan.Gabungan tersebut ialah idea yan

kreatif,aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat.Ini dikaitkan

dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik,baru dan bermakna,dalam

konteks norma kita sendiri.

 

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni,idea yang banyak dapat dilahirkan

dan pelbagai.Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mudah,

tepat,cepat,dan menarik.Namun,sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya

imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda,yang harus dijelmakan

dalam bentuk visual secara manual,pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan

kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti

komputer melakukan segala-galanya.Komputer,dalam hal ini adalah sebagai tool atau

kadang-kadang sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan

Seni.Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya

dilakukan secara bersepadu,sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan,

analisis logik,kemahiran mengaplikasi ilmu seni,dan sebagainya.

 

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta

mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang

kegiatan pembelajaran dengan baik.Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang

berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin

tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning

is fun.

Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan

Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara

bersepadu melalui pendekatan yang terancang.Pendekatan yang terancang dan terarah ini

berteraskan objektif pencapaian iaitu,ekspresi kreatif,penggubahan,penghasilan dan

persembahan,persepsi estetik,pertimbangan estetik,warisan budaya kraf,dan seni

tampak.Justeru,Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di

dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.

 

(Disesuaikan daripada Seminar Pendidikan Seni oleh Encik Mat Desa bin Mat Radzi,

Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan

 

 

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: